Ini adalah kali pertama saya menyertai aktiviti dalam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Persekitaran di sini cantik, terdapat tasik kecil, ikan dan terdengar banyak bunyi burung, saya tidak dapat menahan perasaan yang sangat damai. Selepas saya dan rakan-rakan tiba, kami tidak dapat mencari tempat untuk pameran, kerana Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sangat luas! Selepas menghubungi orang yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan, kami mula menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti mereka adalah bertemakan haid wanita dan kesedaran kesihatan. Terdapat 4 'aktiviti booth' dalam setiap stesen masing-maisng, kami perlu mengumpulkan semua cop untuk mendapatkan merit universiti. Selepas aktiviti ini banyak manfaat yang saya dapat, dan saya lebih menitikberatkan kesihatan diri dan rakan-rakan.
Kami menerima sekotak 'Milo' daripada pengerusi program tersebut! Kami juga boleh membuat azimat telefon bimbit atau 'bracelet' kami sendiri, setiap warna mewakili makna yang berbeza.


Comments
Post a Comment