Karnival

 


Persatuan Senibudaya Zhong Hua UPM telah mengadakan Karnival <The Summer Land of Us> sebagai salah satu aktiviti tertakluk kepada Program Pesta Kebudayaan Zhong Hua UPM Ke-18. Semua ahli jawatankuasa kepada Program Pesta Kebudayaan Zhong Hua UPM Ke-18 menganjurkan karnival tersebut di tempat parkir berpusat DKAP, UPM.

Aktiviti jualan makanan dan minuman, persembahan serta permainan menarik telah kami sediakan kepada mahasiswa mahasiswi UPM dan juga pihak luar UPM. Karnival tersebut merangkumi pelbagai stesen iaitu stesen 'photo booth', 6 stesen permainan yang menarik dan juga stesen bertukar hadiah apabila kupon telah dipenuhi oleh 'sticker' yang dikumpul oleh para pemain. 

Sebagai ahli jawatankuasa dalam kumpulan aktiviti khas, saya amat bersyukur kerana karnival diselesaikan dengan kejayaan! 💖 Saya telah bertemu dengan rakan-rakan dari pelbagai fakulti, saya amat gembira kerana dapat menganjurkan aktiviti bersama dengan mereka. Dalam aktiviti ini, saya mengetahui kepentingan semangat perpaduan dan cara berkomunikasi dengan orang lain.

Comments