Hari-hari berlalu, kita jadikan waktu berharga,
Setiap detik bernilai, tiada sedetik terbuang percuma.
Mari kita kembali, pada masa itu yang emas,
Dalam kenangan yang abadi, takkan pudar dalam pesona.
Selepas kelas kokurikulum berakhir, saya dan rakan terus pergi ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) untuk membantu dalam sesi temuduga program kita. Kita berjumpa dengan 'lecturer' program kita, Dr. Wong supaya membantu menghantarkan makanan kepada barisan profesor yang sedang menjalankan temuduga dengan para pelajar sesi baru.
Apabila saya melihat pelajar baru, saya akan memikirkan semua yang saya alami ketika itu. Pada masa itu, saya baru sampai di sini, dan saya dapati bahawa UPM sangat besar, dan saya sesat dan tidak dapat mencari jalan ke FBMK. Saya berasa bahawa masa benar-benar tidak meninggalkan sesiapa.

Comments
Post a Comment